Thursday, August 21, 2014
Thursday, July 3, 2014
Thursday, March 6, 2014
JAWATANKUASA MURID 2014
Tuesday, January 7, 2014
3 Perbezaan Antara Ubat dan Dadah
Ubat
- Memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit
- Tidak memberikan kesan yang tidak diingini seperti pening kepala dan mengatuk.kesan ini akan reda apabila pengambilan ubat itu dihentikan
- Penggunaannya tidak banyak sekatan undang-undang melainkan dalam hal tertentu sahaja
Dadah
- Dadah tidak bersifat sedemikian
- Memberikan kesan berbahaya yang berkekalan walaupun pengambilannya dihentikan
- Dadah meninggalkan kesan penagihan dan diharamkan penggunaannya
Cara Mengatasi Masalah Penagihan Dadah
Disini adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.
Tingkatkan pengetahuan :-
- cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan
- sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran
- hargai maklumat orang lain tentang anak anda
Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-
- terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
- beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
- awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara
Jadi rakan yang paling baik kepada nak anda :-
- sentiasa bekomunikasi dengan anak anda
- berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
- kenali rakan anak anda
- ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa.
Apa Itu Dadah? Pengertian dan Maksud.
‘Drug’ dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan kepada `Drug’, perkataan `Use’, `misuse’ atau `abuse’ perlu digunakan bersama-sama perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian `penyalahgunaan’ atau `salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan `dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan’ atau `penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.
Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat , merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.
Subscribe to:
Posts (Atom)