Tuesday, January 7, 2014

3 Perbezaan Antara Ubat dan Dadah





Ubat

  • Memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit
  • Tidak memberikan kesan yang tidak diingini seperti pening kepala dan mengatuk.kesan ini akan reda apabila pengambilan ubat itu dihentikan
  • Penggunaannya tidak banyak sekatan undang-undang melainkan dalam hal tertentu sahaja



Dadah


  • Dadah tidak bersifat sedemikian
  • Memberikan kesan berbahaya yang berkekalan walaupun pengambilannya dihentikan
  • Dadah meninggalkan kesan penagihan dan diharamkan penggunaannya

Cara Mengatasi Masalah Penagihan Dadah





Disini adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Tingkatkan pengetahuan :-

  • cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan
  • sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran
  • hargai maklumat orang lain tentang anak anda



Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-

  • terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
  • beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
  • awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara


Jadi rakan yang paling baik kepada nak anda :-


  • sentiasa bekomunikasi dengan anak anda
  • berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
  • kenali rakan anak anda
  • ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa.

Apa Itu Dadah? Pengertian dan Maksud.





‘Drug’ dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan kepada `Drug’, perkataan `Use’, `misuse’ atau `abuse’ perlu digunakan bersama-sama perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian `penyalahgunaan’ atau `salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan `dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan’ atau `penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat , merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.